Pada 17 /11/2011 yang lalu, kami telah mengadakan pameran dan jualan serta demonstrasi tulisan khat buat pertama kalinya di salah sebuah sekolah di daerah Johor Bahru sempena Hari Terbuka Dan Anugerah UPSR. Kami berasa sangat teruja dan bersyukur kerana tanggapan yang pada asalnya "kemungkinan sambutan kurang menggalakkan'' meleset sama sekali. Realitinya ialah masih ramai lagi yang berminat dengan tulisan khat termasuklah golongan ibu bapa dan murid-murid. Terdapat ramai murid-murid yang terus melihat dan terus melihat cara penulisan khat tanpa berganjak dalam tempah masa yang agak lama. Ini membuktikan bahawa mereka sangat berminat, cumanya kurang pendedahan terhadap mereka. Mudah-mudahan pendedahan demi pendedahan terhadap tulisan jawi terutamanya dalam bentuk seni khat akan terus diminati dan dipelajari oleh golongan murid seawal peringkat sekolah rendah lagi.
Berikut adalah antara senarai nama yang ingin ditulis dalam seni khat.
No comments:
Post a Comment