Sunday, October 9, 2011

Karya Terbaru iaitu Nama ALLAH al-Ganiyy al-Mughniyy (ALLAH yang Maha Kaya lagi Maha Mengurniakan kekayaan)




Di atas adalah Nama ALLAH iaitu al-Ghaniyy al-Mughniyy (ALLAH yang Maha Kaya lagi Maha Mengurniakan kekayaan). Nama ALLAH tersebut ditulis menggunakan seni khat thuluth yang indah dan cantik. Sesungguhnya ALLAH Ta'ala itu Maha memiliki semua sifat dan nama yang maha sempurna dan mulia. Nama al-Ghaniyy (الغنى)  menunjukkan bahawa ALLAH s.w.t itu maha kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain samada manusia atau pun lainnya untuk mencipta dan hidup. ALLAH s.w.t yang maha kuasa dan kaya berkuasa untuk hidup tanpa memerlukan sesiapa. Nama al-Mughniyy (المغنى) pula adalah membawa maksud yang Maha mengurniakan kekayaan. Di dalam bahasa arab, kalimah al-Mughniyy adalah daripada wazan (timbangan) ism al-fi'l (kata nama pelaku) daripada fi'l (kata perbuatan) aghna (mengayakan) yang terdiri daripada fi'il muta'addi (kata buat yang memerlukan perkara yang perlu dibuat). Justeru, kita sangat digalakkan untuk beramal dengan menyebut nama-nama ALLAH s.w.t. Beriman dengan nama-nama ALLAH s.w.t. adalah wajib, mempercayai dengan sepenuh keyakinan terhadap maksud nama-nama ALLAH s.w.t juga adalah wajib dan pengingkaran serta penafian nama-nama ALLAH s.w.t. ini akan memberi impak negatif pada tahap keimanan dan boleh menjurus ke arah kufur. Na'uzubiLLAH min dhalik.

 Di dalam sebuah hadith yang sahih riwayat imam Muslim yang bermaksud 
" sesungguhnya bagi ALLAH S.W.T itu ada 99 nama dan barangsiapa yang menghafaznya akan masuk syurga".  

Wednesday, October 5, 2011

Karya khat Tempahan Nama Suami Isteri Menggunakan Khat Diwani Jali Dan بسم الله الحمن الرحيم















Saturday, October 1, 2011

Hasil terbaru iaitu signboard alamat rumah menggunakan gabungan tulisan jawi "Rumahku Syurgaku" dan rumi..


Di atas adalah contoh hasil signboard alamat rumah yang ditulis dengan menggabungkan tulisan jawi "Rumahku Syurgaku" dan tulisan rumi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...