PENGENALAN

Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya untuk ALLAH s.w.t Tuhan semesta alam yang telah menjadikan seluruh alam semesta dengan penuh sempurna tanpa cacat cela. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w. pembawa ajaran mulia, penunjuk jalan menuju redha ALLAH dan syurga, penyelamat umat daripada malapetaka dan neraka.

S.N.I. Khat Gallery adalah satu wadah mengekspresikan keindahan seni Islam daripada aspek penulisan iaitu kaligrafi. Penzahiran keindahan seni khat Islam yang tersusun daripada huruf-huruf jawi atau pun arab dengan seni reka dan bentuk yang tersusun dan menarik serta kreatif dan kadang kala unik, amat memukau mata dan hati serta perasaan bagi mereka yang amat meminati seni khat ini.

Seni khat mampu diaplikasikan dalam pelbagai dimensi samada secara maya atau pun nyata. Pelbagai produk berasaskan seni khat Islam yang indah ini boleh di dapati dengan mudah di kedai-kedai atau pun premis perniagaan yang menawarkan produk-produk ini.

Namun, hasil-hasil produk yang berasaskan seni khat Islam yang sangat unik, kreatif dan menepati keinginan hajat sendiri sukar untuk didapati. Justeru, kami di S.N.I Khat Gallery dengan rasa rendah diri dan sukacitanya menawarkan perkhidmatan penghasilan produk berasaskan seni khat Islam yang kreatif, unik, indah dan menepati keinginan anda.

Anda hanya perlu hubungi kami dan nyatakan hasrat keinginan anda, insyaALLAH kami akan cuba hasilkan dan terjemahkan hasrat keinginan anda ke dalam bentuk yang nyata. InsyaALLAH.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...