Thursday, August 18, 2011
Tulisan Khat atas Papan Akrilik
Sunday, July 31, 2011
Tulisan Khat atas Papan Akrilik
Berikut adalah tempahan ayat-ayat Quran dan hadith oleh Masjid di Tampoi, Johor Bahru
(8 kaki kali dua kaki)
ان الجماعة تفضل على المفرد بسبع وعشرين درجة
sesungguhnya sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat
(8 kaki kali dua kaki)
قد افلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خشعون
sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang sembahyangnya didalam keadaan khusyu'
( 10 kaki kali dua kaki)
انما يعمر مسجد الله من ءامن بالله واليوم الأخر
Bahawasanya yang meramaikan beribadah di masjid-masjid ALLAH itu ialah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan percayakan hari akhirat
(10 kaki kali dua kaki)
حفظوا على الصلوت والصلوة الوسطى وقوموا لله قنتين
Peliharalah segala sembahyang fardu khasnya sembahyang Wusta (Asar) dan berdirilah kerana ALLAH dengan taat khusyu'
Sunday, July 24, 2011
Tulisan Bismi ALLAH al-Rahman al-Rahim dengan menggunakan seni khat Diwani Jali
Kalimah '' بسم الله الرحمن الرحيم ''yang ditulis dengan menggunakan seni tulisan Khat Diwani Jali. Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Sesungguhnya ALLAH s.w.t. adalah Tuhan semesta alam yang memiliki seluruh isi alam yang mencakupi semua ciptaan yang wujud samada terlihat oleh mata atau pun tidak, samada yang tersurat mahupun yang tersirat. Semuanya adalah di bawah pengawasan dan pemantauan ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Moga-moga dengan tatapan dan renungan kalimah yang tertulis ini mampu mendetikkan rasa keimanan yang semakin subur hari demi hari.... amin... 7000x :-)
Saturday, July 23, 2011
Monday, July 18, 2011
Tempahan Tulisan ayat al-Quran : Surah al-Insyirah menggunakan khat nasakh di atas kertas 'art' bersaiz A3
Thursday, July 14, 2011
Karya Terbaru Tulisan Khat Yang Telah Dibingkaikan
Karya Terbaru iaitu Tulisan Khat Di atas Papan Akrilik
Wa Rabbuka al-Ghaniyy Zu al-Rahmah
(bersaiz 2 kaki kali 2 kaki)
Bermaksud :
"Dan Tuhanmu yang Maha Kaya yang memiliki kasih sayang"
SubhanaLLAH al-'Azim
(bersaiz 1 kaki kali 2 kaki)
Bermaksud :
""Maha suci ALLAH yang maha agung"
Zu al-Jalal Wa al-Ikram
(bersaiz 2 kaki kali 2 kaki)
Bermaksud :
" ALLAH Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan"
Labels:
AKRILIK / SIGNBOARD,
AYAT AL-QURAN,
Nama-nama ALLAH
Friday, July 1, 2011
Friday, June 10, 2011
AL-SALAM dalam tulisan seni khat pelbagai bentuk
Subscribe to:
Posts (Atom)
































