Saturday, October 1, 2011

Hasil terbaru iaitu signboard alamat rumah menggunakan gabungan tulisan jawi "Rumahku Syurgaku" dan rumi..


Di atas adalah contoh hasil signboard alamat rumah yang ditulis dengan menggabungkan tulisan jawi "Rumahku Syurgaku" dan tulisan rumi. 


Tuesday, September 27, 2011

Kalimah السلام عليكم dalam khat thuluth


Thursday, September 22, 2011

Beberapa Contoh Tempahan Sempena Hari Keluarga 2011



















Wednesday, September 21, 2011

Karya BismiLLAH dengan gaya khat Diwani Jali




Berikut adalah hasil karya tulisan بسم الله الرحمن الرحيم  dalam khat Diwani Jali . 

Tuesday, September 20, 2011

Karya Terbaru Gabungan Nama Norhamiza & Mohd Joramdhan Menggunakan Khat Diwani jali

Berikut adalah Gabungan Nama yang ditulis menggunakan jenis khat Diwani Jali di dalam pelbagai warna. Warna dan latarbelakang boleh di ubah mengikut kesesuaian dan kehendak.









Monday, September 19, 2011

Pertandingan Seni Khat Spontan Di Plaza Angsana, Johor Bahru


Pada hari Ahad yang lalu (18/9/2011), satu pertandingan seni khat secara terbuka telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru yang telah dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor, Pusat Pengembangan Seni Khat Masjid Bandar Baru Uda dan Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah umur 15 tahun (menggunakan khat nasakh) dan kategori atas 15 tahun (menggunakan khat thuluth).

Hakim penilai bagi hasil-hasil tulisan seni khat spontan ialah ustaz Jainal Sakiban yang merupakan pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor, ustaz Zamri Hamid dan ustaz Asrak. Penilaian adalah lebih terfokus pada gaya huruf dan tulisan. AlhamduliLLAH dengan izin ALLAH saya telah menyertai dan mendapat berita gembira... :-) ... hehe..








AlhamduliLLAH tulisan yang masih banyak perlu diperbaiki dari segi kaedahnya ni telah dipilih oleh panel hakim ...  




Berikut adalah hasil keputusan bagi pertandingan tersebut :-

Pertama : Karya khatku



Kedua : karya ust Rumaja



Ketiga : Karya ustzh Norhayati



Keempat : Karya ustz Rahman Sahlan




Moga seni tulisan tangan yang sangat indah ini akan terus diminati .... :-)





Sunday, July 31, 2011

Tulisan Khat atas Papan Akrilik

Berikut adalah tempahan ayat-ayat Quran dan hadith  oleh Masjid  di Tampoi, Johor Bahru


(8 kaki kali dua kaki)

ان الجماعة تفضل على المفرد بسبع وعشرين درجة
sesungguhnya sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat



(8 kaki kali dua kaki)

قد افلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خشعون
sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang sembahyangnya didalam keadaan khusyu'



( 10 kaki kali dua kaki)

انما يعمر مسجد الله من ءامن بالله واليوم الأخر
Bahawasanya yang meramaikan beribadah di masjid-masjid ALLAH itu ialah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan percayakan hari akhirat


(10 kaki kali dua kaki)

حفظوا على الصلوت والصلوة الوسطى وقوموا لله قنتين
Peliharalah segala sembahyang fardu khasnya sembahyang Wusta (Asar) dan berdirilah kerana ALLAH dengan taat khusyu'











Sunday, July 24, 2011

Tulisan Bismi ALLAH al-Rahman al-Rahim dengan menggunakan seni khat Diwani Jali




Kalimah ''  بسم الله الرحمن الرحيم    ''yang ditulis dengan menggunakan seni tulisan Khat Diwani Jali. Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Sesungguhnya ALLAH s.w.t. adalah Tuhan semesta alam yang memiliki seluruh isi alam yang mencakupi semua ciptaan yang wujud samada terlihat oleh mata atau pun tidak, samada yang tersurat mahupun yang tersirat. Semuanya adalah di bawah pengawasan dan pemantauan ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Moga-moga dengan tatapan dan renungan kalimah yang tertulis ini mampu mendetikkan rasa keimanan yang semakin subur hari demi hari.... amin... 7000x :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...