SILA KLIK DI SINI

Monday, September 19, 2011

Pertandingan Seni Khat Spontan Di Plaza Angsana, Johor Bahru


Pada hari Ahad yang lalu (18/9/2011), satu pertandingan seni khat secara terbuka telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru yang telah dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor, Pusat Pengembangan Seni Khat Masjid Bandar Baru Uda dan Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah umur 15 tahun (menggunakan khat nasakh) dan kategori atas 15 tahun (menggunakan khat thuluth).

Hakim penilai bagi hasil-hasil tulisan seni khat spontan ialah ustaz Jainal Sakiban yang merupakan pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor, ustaz Zamri Hamid dan ustaz Asrak. Penilaian adalah lebih terfokus pada gaya huruf dan tulisan. AlhamduliLLAH dengan izin ALLAH saya telah menyertai dan mendapat berita gembira... :-) ... hehe..








AlhamduliLLAH tulisan yang masih banyak perlu diperbaiki dari segi kaedahnya ni telah dipilih oleh panel hakim ...  




Berikut adalah hasil keputusan bagi pertandingan tersebut :-

Pertama : Karya khatku



Kedua : karya ust Rumaja



Ketiga : Karya ustzh Norhayati



Keempat : Karya ustz Rahman Sahlan




Moga seni tulisan tangan yang sangat indah ini akan terus diminati .... :-)





2 comments:

  1. tahniah ust syukri, mantap enta..terukan perjuangan seni kita

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 ust Rahman, enta pun hebat juga... moga2 kita sama2 dapat meneruskan perjuangan seni kita... :-)

    ReplyDelete